jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup…
begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu
saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi..
begitu juga jika kamu memiliki
seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan
kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari
makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya..
kamu akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba
membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia
menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..
iKainheRe
:::: tHe fRienDLy kinDLy cHeeRy giRL ::::
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Sertakan juga alamat blog anda dalam komentar anda
atau alamat website anda
TerimaKasih